Tuesday, November 9, 2010

grik-pengkalan hulu-betong

Wednesday, August 11, 2010

selamat berpuasa

Empat Punca Hidup Manusia Tidak Tenteram

TazkirahSEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing.

Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.


Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah.

Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ?Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah!

?Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!?

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja!

Demikianlah kehidupan ini ? ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah.

Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup.

Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:


· Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ?keseronokan? atau terasa nikmat dengan pemberian itu.


· Kita terlalu banyak komplen dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.


· Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.


· Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah kematian itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.


Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar.

Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?

Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: ?Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak..

Posted on Monday, June 02 @ 12:17:03 MYT by admin

Saturday, March 20, 2010

Taiping ke Teluk Intan dan Sabak Bernam 2010

jambatan Sultan Yusoff, sempadan Perak-Selangor yang merentangi Sg Bernam

Menara Condong Teluk Intan

selamat sampai ke sabak Bernam


Monday, February 15, 2010

kayuhan cuti raya cina





pintu gerbang bandar kuale

tepi sungai Kangsar

sarapan

Friday, February 12, 2010

Basikal zaman sekolah

bersama basikal di zaman persekolahan tahun 1988n



gambar-gambar den

Sunday, February 7, 2010

taman negara pahang






ekspedisi naik sampan di taman negara Pahang, berehat dulu kayuh basikal. Menu utama setiap hari: patin tempoyak.s

Friday, January 8, 2010

kayuhan2 2008






gambar kayuhan-kayuhan lama

Saturday, December 5, 2009

Bicycling Life


Bicycling Life


Many bicycle web sites are "event" oriented. Lots are interested on races or racers. Most are seasonally oriented, and a few are advocacy oriented. We are not disinterested in these things. We are simply more interested in the promotion of cycling as a "normal" means of transportation for every day travel needs as well as recreation and healthy exercise.

http://www.bicyclinglife.com/

Thursday, December 3, 2009

all steel bicycle



frame basikal mtb lama masih berfungsi dengan baik selepas dicat semula.

Monday, September 21, 2009

selamat hari raya aidilfitri 1430


Selamat hari raya aidilfitri 1430H
Maaf Zahir dan Batin
Boleh mula plan kayuhan raya.

Friday, August 28, 2009

Selamat Berpuasa


Selamat Berpuasa kepada semua kawan-kawan,
ada kayuh ke time-time puasa ni

Wednesday, July 15, 2009

bukit larut taiping





sabtu: 11 julai 2009
aktiviti: mendaki Bukit Larut

minggu ni mendaki bukit larut pulak. tolong temankan pelajar smkgs sebagai guide dan jurugambar.

Wednesday, June 10, 2009

taiping-pangkor-taiping

tarikh: 9-10 jun 2009
jarak : 100+ km (sehala)
laluan: kamunting-taiping-pantai remis-lumut-pangkor (pergi)
pangkor-lumut-air tawar-beruas-trong-taiping-kamunting (balik)
rakan2: Suhaimi jaafar, Ismail alias.

kayuhan mini touring yang dilakukan untuk mengisi masa cuti sekolah kali ini. Tujuan utama kayuhan adalah untuk mencuba aktiviti berbasikal dengan jarak yang lebih jauh dan melibatkan aktiviti bermalam.

Aktiviti lain yang dilakukan
i) ronda2 di p.pangkor
ii) makan2
iii) berenang-renang di pasir bogak.

air tebu, jumpa ja mesti







semasa makan tenghari di jeti lumut, bersama hj mustafa yang datang memriahkan kayuhan ke p.pangkor. terima kasih kerana sponsor makan kali ni.

jeti lumut ke pulau pangkor






dalam mesra ferri

pantai pasir bogak

kayuhan dalam air



taiping to sabak bernam

ShareThis